Tuesday, 22 October 2013

Si Penghukum

Serious.

Setelah 26 tahun hidup. Memang kali ni aku jumpa SI PENGHUKUM yang betul2 legend. Dan dari apa yang aku perati, Si Penghukum yang banyak2 aku jumpa kebanyakannya merasakan diri mereka terlebih2 perfect dari org lain. Tiada keburukan. Tidak sedar akan kesilapan diri sendiri. Takbur. Bongkak. Tapi diorang xtahu pun diorg mcmni. Legend kan?

Aku pernah melalui situasi2 bersama Si Penghukum samada sebagai mangsa, atau pun sebagai saksi. Mostly Si Penghukum ni suka menghukum orang hanya kerana family background nya, education background nya, pemakaian, perangai luaran dan mcm2 lagi.

Apabila nama pun sudah si penghukum.Kebanyakan apa yang dia cakap dia x fikir. Dia xsedar pun dia dah melukakan hati orang lain. Dah buat orang tersinggung. Tapi dia xtau pun. sebab dia kan ingat dia perfect. segala apa yang dia cakap pun betul.

Ada 1 kejadian di mana aku sebagai saksi. Kesian kat kawan yang tengah mengandung. Ank di dalam perut dihukum kata xpandai. Sebab member yang tengah mengandung tu pun takat SPM saja. Kecik ati dia. Si Penghukum ni kata kepandaian anak tu ikut gen ibu bapa. bayangkan? mentang2 dia ada master. Nampak x org mcm ni? geram kan? so maksudnya dia kempem konfiden anak dia pandai. Sebab dia ada master.
Mmeber tadi pun pertahankan lah. Anak2 ibarat kain putih. dia keluar je zero. kita boleh tentukan dia jadi mcmana. x semestinya ikut nasib yang sama dengan ibu bapanya.
dah nama si penghukum mana nak kalah. di katanya lagi dari dalam kandungan lagi anak ikut perangai ibu bapa. dari mana tumpah perangai, tabiat, kebijaksanaan, kepandaian ibu bapa kalau bukan ke anak..

Ya. diakui. Certain benda tu betul. tapi xsemua. xsemestinya mak bapak bodoh, anak pun bodoh. xsemestinya mak bapak cantik, anak pun cantik. kan?

Wahai si Penghukum. Jagalah adab percakapan. Jangan suka2 hati menghukum orang xtentu pasal. Legend kan? anak xlahir lagi pun dia dah cakap mcm2. Pada mula aku ingat dia bergurau. Tapi lama kelamaan benda mcm terserious pulak. Aku pulak yang sakit hati. Ok lah. Mungkin kau pandai.. senang la keje sekarang. Gaji besar. Tapi kau xde hak menghukum orang dengan kata org mcm2. bodoh bagai. mentang2 kau pandai. ye. mungkin kau pandai sebab mak bapak ko sempurna. ko tak tau yang kau hukum tak pandai tu sejarah hidupnya mcmana? sampai xboleh nak sambung belajar. Mungkin kau senanglah mak bapak bagi duit. Dia masa belajar sambil kerja. dia lagi mulia dari ko. dia berdikari. dia x menyusahkan mak bapak. dia yang tlg mak bapak lgi ada. tapi ko?

Selagi kau tak tahu sejarah hidup org mcmana, jangan lancang berkata2. Mungkin kau dikurniakan kepandaian dalam dunia ni. Tinggi belajar. Tapi ko xdapat kebahagiaan mcm si member. who knows? selagi tak pasti lagi segala2 dalam hidup. jangan bercakap pasal org. Awak jodoh pun xsampai lg. Ntah2 sebab kau ckp anak org mcmtu, nanti anak kau lg teruk. or, langsung xdapat anak. who knows?? Nauzubillah la kan. so, beringatlah sesama kita.

Lagi 1 keadaan di mana si Penghukum ni suka main lepas cakap. Suka melabel orang. "Labelling People" omputeh kata. Lagi2 pasal agama. Tapi.. aku pasal agama ni takut sikit ar nak cakap kan. sebab aku ni xperfect mana pun. sembahyang pun miss2. mcm budak2 lagi tgu kene herdik dengan oza baru nak angkat bontot. Tapi doakan la aku smayang full kan. korg doa sekarang! aminnnn...eh, serious. Aku skrg 3 waktu je. Kau ada? apa nak jadi. Tapi kat opis hampeh tinggal. Aku mengaku ni. Tapi kdg2 4. kadang2 5. Bila nak full? dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. (menasihati diri sendiri). konon.

Berbalik tadi si Penghukum ni kan. mentang2 konon sembahyang full lah kan. xyah nak jatuhkan air muka org lain.. nak tegur ada caranya. Macam haritu. si mangsa ni saje la beborakk beboraakk.. kate terbangun lambat.

"ko sembahyang subuh x tadi? Nampak sangat xsembahyang"

Orang lain gelak2 sinis. Kesian member tu. Aku pernah terbaca dimana ayatnya kurang lebih macam gini.

"Jika dia menegurmu di khalayak ramai, maka dia bermaksud untuk memalukanmu. Jika dia menegurmu secara bersemuka, maka dia berniat ikhlas menasihatimu"

see? sekali baca je dah tau betapa betulnya kata2 ini. susah kalau si penghukum ni berlegar2 di dalam kehidupan kita. makan hati manjang. Okay mungkin dia xde niat. Tapi bagi aku tu alasan lapuk. Kita ni membesar. Apa yang kita xsuka orang buat kita, mcmtulah org xsuka apa yang kita buat. Aku kalau kne kat aku memang aku lempang je mulut dia.

Lagi bila sorang kakak ni bercakap pasal nak beli Al-Quran digital..

"Beli mahal2. Baca x? xbaca xguna."

Kau ada celupar punya mulut tu. apa ek tujuan dia bercakap sebenarnya. Minta kena belasah ke apa. oh. Ko knfem ke ko baca Al-Quran lagi banyak dari dia? cakap mcm gud2..

Mungkin ko sembahyang full, baca Al-Quran, tapi ingatlah. kita ni manusia biasa. tiada hak nak menghukum orang. Melabel org. Ntah2 dia yang xsembahyang full tu diterima sembahyangnya. Awak yang takbur dengan apa yang awak buat, sembahyang full, baca Al-Quran, Konfem ke Allah terima semua amal ibadah tu? Saya sarankan supaya anda beringat sekali lagi.

Mungkin juga dia lemah dalm hal2 agama mcm tu. Tapi dengan ibu bapa dia baik. taat. di doakan oleh ibu bapa kesejahteraan dunia akhiratnya. Di doakan oleh ibu bapanya dimurahkan rezekinya. kesihatannya. kan?

Tapi yang wajib tetap wajib. sembahyang tu wajib. rajin baca Al-Quran tu sunat. tapi kalau buat elok kan. Tapi jangan lah kita sampai bongkak takbur dengan apa yang kita buat sehingga tahap menghina orang lain. Kita xtahu dimana kita di mata Dia.

Sekadar renungan kita bersama. Untuk diriku sendiri juga.

Btw, Jangan lupa doakan aku sembahyang full. (xhabes2 lagi)

tek care ya.










No comments:

Post a Comment