Monday, 25 August 2014

BERCUTI KE GRAND LEXIS PORT DICKSON


Aku sebenarnya dah lama gila nk ajak oza ke Grand Lexis ni sebab aku tgok tpt dia cm best. atas laut,  ada private swimming pool dan lain2. Askar wataniah aku c adam lutfi very the suka to the max bab mandi2 ni, dan mak kepada si askar wataniah tersebut iaitu aku very the malas to the max bab2 mandi manda ni xkira lah samada swimming pool, pantai, swimming pool, atau pantai. bekos leceh tang nk tukar baju dan sebagainya. Tapi kalo mcm mandi manda, pastu xyah buat apa2 just duduk dlm kereta basah2 then smpai rumah mandi xpa. aku okey. tp aku xnak naik kereta aku time tu. by the way, aku ada kreta ke? krik krik.

Nak dijadikan cerita plan aku memang check in, layan c adm dalam tu, order makan dalam bilik n tido kejap lalu check out pada pukul 2 pg memandangkan si oza ni kena masuk keja pukul 3 pagi. so oza balik pasar pun dan pukul 2 lebih, berangkat ke pd dalam pkul 3 lebih cenggitu ditemani oleh mata kuyu masing2. aku rasa aku sorg je segar. Askar2 aku tumpas.

general adam tumpas dipangkuan ayahanda
korporal sumayyah tumpas dipangkuan ibuhanda



oza kuyu aku segar.eheh.abaikan janggut oza yg lahir xcukup bulan tu.

SO. kami sampai PD dalam pkul 4 cmtu la lalu aku check in dan pegi la masuk ke bilik. oh btw, aku amek bilik yg paaaaaaaling murah memandangkan genjatan ekonomi masa tu. so yang paling murah ig DELUXE POOL VILLA starting price is from RM540 dan setelah ditambah skali gov n service tax so total yg aku perlu bayar is RM626.40 Which is mahal actually utk 1 night stay tapi.. nak merasa konon so byr jelah. tp ni aku booking online ya. kalau ko booking through call mmg x akan dpt hrga mcm ni. dia akan lebih mahal. rm600++ . so tmbah segala tax mungkin akn cecah rm700++.

drp lobby, jauh mampus nk pegi bilik. so kalau korg smpai je paking je kat mana parking kosong depan lobby tu. check in, then the buggy man akan bawa korg ke bilik naik kereta buggy.haha. aku xtau apa jadah nama kereta ni. tp laju weyh. dan bila ko dh berada di bilik dan nak pegi mana, mcm nak ke restoran cthnya, call je frontdesk dan akan smpai lah driver. wah, sempat aku berangan ada driver.



maafkan laki aku ni. walaupun muka selenge hatinya baik
hanya berbekalkan beg skolah adam.kau mcmni? x kan.
so DELUXE POOL VILLA ni adalah partial seaview.PARTIAL sahaja. maksudnya ko nmpak setengah ja laut, setengah lagi skati ko lah nk nmpak apa dr bilik tu. bilik org lain ka awan ka tanah ka.haha. hard to explain lah. yg penting ko x akan nmpak keseluruhan laut. tp ko tau apa. aku xnmpak laut langsung.haha.yang aku nmpak belakang org lain punya bilik.sedih kan? tkpa. halal. so aku byr amount tersebut utk bilik, sarapan 2 org, katil size is king dan satu sahaja. nak katil byk n luas, sya xrekemen utk amek bilik ni. bilik ni kalo ko ada ank umo dah skolah, xyah amek bilik ni sbb dia memerlukan ruang utk tdur. ko nak suh dia tdur kt lantai pn xboleh unless keesokan paginya ko nk nmpak anak ko dh jadi papan luncur sbb kna pijak2. so ini adalah part of the picture yg aku smpat snap.

masuk bilik je ini viewnya.
donotwearitwithyellow
pandang kanan ada ini (mohon maaf dah semak samun)

ke depan sikit nmpak dry kitchen ni, ok jugak kan.

pandang kiri nmpak ini. dan nampak sumayyah dah meluru nak mandi kolam.









ni boleh tgok bwh tp time ni air xbrp nak pasang lgi. so apa yg mnarik dlm gambar ni ialah jari telunjuk kaki aku lebih pjg dr ibu kari. sekian.

bilik air sangat luas. malah aku berangan2 nak design bilik air mcmni. buat mcm 1 bilik, dan di dalam bilik tu tersembunyi lg 2 bilik iaitu bilik mandi dan toilet. tp aku xkenan sgt the tiles. nmpak mcm kotor. danaku geli nk guna. entah knapa. yg penting aku xmngandung.

maaf ruang terhad. tak tau nk snap cmna kasik nmpak suma


see? nmpak xbersih kan walaupun bersih.errr



ni pintu bilik mandi dan toilet. cantikkan?
nampak je kolam terus lah si adam ni cakap nk berak. itu metafora bin hyperbola ya tuan2. mksudnya dia nak mandi. suh kita bukak baju suar dan pampers. bukan berak pun. oza jd bodyguard dia. kolam dia xlah dalam dan xlah besar sgt. mungkin muat dalam 10 org yg kurus atau 5 org gemuk @ besar ala the rock. muat sahaja okeh. dilarang feel2 nk terjun berenang menyelam takut jd arwah esoknya sbb terlanggar bontot c kurus atau c gemuk td. kalo ko sorg2 je pun dlm tu mmg xakan dpt feel nk berenang kuak lentang ke kuak belalang ke. paling2 pun ko sekali kayuh je dh smpai hujung. kalo size adam ye, ade lah feel sikit2. dalam kolam ni 4 kaki. so takat atas pinggang aku sikit. bergantung lah pd ketinggian masing2 ya.



si adam dah jumpa kolam x ingat dunia. smpai maghrib dia berendam. aku pun berendam skali dgn sumayyah. si oza je yg tidur. pas mandi lapar, n nak makan. plannya nk order makan kat bilik. tp mak ai bukan main mahaaaal. mee goreng nasi goreng sumanya rm30 ke atas. atukui. memang x la aku byr rm30++ utk sepinggan nasi goreng kampung. bincang3 last2 oza kata makan kt luar xyah makan kt hotel. kalau ikut kpala aku mmg kalau mkn kt luar, terus je la balik kan. so kami lepak2 dlu sekejap then dlm pukul 9 malam kami check out. perut dh lapr sgt. pkja kat sna pun hairan apahal nk check out. aku bajet2 laki aku Doktor Pakar dgn slamba kata suami on call. hambuh ko. hahaha.on call la sgtttt.

masa pjalanan nak keluar dr kawasan hotel punya main banyaaaaaaak kedai makan. menyesal weyh check out awl2. kalau x bole je oza pegi bungkus ke bawa balik makankat bilik. atau pun makan kt kedai tu terus. so korg2 nnt sapa nk pegi sila jgn mbzir makan kat hotel tu. kuar sikit je belambak restoran.

sampai bangi dlam 10 nk ke pukul 11 la. adm dah meragam sebab lapar dan mengantuk. last pujuk dia belikan kete mainan bru diam. kami makan kat kajang je kedai makan biasa pegi. i makang 2 pinggan yaw. ko hadee.. lapar kot.



balik umah suma kondem nak tdo. so my honest opinion is aku xrekemen hotel ni. sbb byr mahal. bilik xbrp nk meletop pun. nothing is special except for the pool lah opekos. tp bilik dia seriously lawa lg bilik hotel yang rate 2 ke 300++ per night. kita tgok nnt mana lg oza nk bawak aku bcuti. i will update. btw, selamat hari raya.





Thursday, 31 October 2013

aku kau..patut ke x patut?

Dulu2 zaman bercinta kan, sebelum dengan husband skrg maksudnya, mcm2 panggilan la ada pgl couple aku tu dlu. ada i ngn u, ada jugak penah hubby, honey.. ada jugak pernah abang, yana..n ada jugak pernah ayang, abang...............
                                                                     .
                                                                     .
                                                                     .
                                                                     .
                                                                     .
                                                                     .
                                                                     .
                                                                     .
                                                                     .
                                                                     .
                                                                     .
                                                                     .
                                                                     .
                                                                     .

ok nak muntah.






aku nk muntah bukan sebab apa.teringat yang aku guna ayang abang tu zaman form 5. cinta monyet okehh. kalau dah kawen xpela jugak.aih.pahapo tah aku dulu.haha..duit pun mak bapak lagi yang kasik. spm pun xtau apa jd. ayang abang ye? byk ko punya ayang abang. Tapi biasalah. Cinta monyet itu wujud. Ada yang becinta zaman sekolah smpai ke pelamin apa. Jodoh aku je xsampai.haha.

Aku dengan oza masa mula2 bercintha dulu pun panggil nama je. Oza yana oza yana je. Haha.dah besau sikit masa tu.malas nak guna ayang abang bagai. ;p tp aku xcakap la benda tu menggelikan..kena pada org, boleh jd romantik. Tapi aku kalau guna ayang abang ngn oza, memang die geli ngn aku, aku geli ngn dia.haha. boleh cenggitu?


Ramai yang kat opis, kengkawan, sanak saudara pelik ngn aku dan oza ni. sebab kitorang lah yang paling simple sekali dalam dunia ni. aku kau je. kekadang ade la jugak 'b'..'yana'..tapi jarang2 la. contoh kalau aku call dia.

yana > "hello b, ko katmana?"
oza > "oza kat pasar la. kenapa?"
yana > "bz? teman yana boleh?"
oza > "xdela bz sangat. ko nak mintak teman g mana?"
 

ha nampak? Itu contohnya. member2 mkcik2 penah je tegur aku. "ko guna aku kau je ngn laki ko? amboii.. selamber.."

haha. bagi aku panggilan tu xpenting. penting jugak la kan sbg tanda hormat. tapi ikut lah pada pasangan masing2. Kalau masing2 xkisah apa salahnya ikut keselesaan kita. Aku rasa cm best n beruntuung dapat yang jenis cm oza ni, sebab skpala ngn aku dri segi keselamberan. tapi ada jugak benda2 yang sangat berlawan ok. cm aku ni bising, dia tu pendiam sikit, pemalu sikit. giteww..

kitorang rasa kitorang lebih rapat kalau just guna panggilan spontan cmtu, b oza aku kau yana. men hentam kromo je lah ape ko nak panggil..feel like ko tgh bercinta dengan besfren ko. senang citer cm zaman ko bercinta kan, mesti ko ada boifren sorg, pastu ada besfren (lelaki) sorg. mesti berbeza kan cara korg interact. kalau ngn bf more to cover2, malu2, senang ckp boifren ko xakan tahu 100% perangai ko. tapi kalau besfren ko, walaupun dia laki, kmpem konfiden kita lebih selesa nak interact ngn dia, bual pasal apa2 pun. silap2 tabiat buruk ko pun ko sendiri bgtahu dia.

contoh eh ;




see? beza kan. ini aku la. aku xcakap org lain. Tapi aku cm kempem la kan sikit2 ade je org cm aku. kah kah kah. Ngan boifren kita more to cam malu sikit.. cover2 sikit. yelah, kita nak nampak perfect d depan org yg kita syg kan? tapi dengan besfren suma belang janggut segala pun kuar. so pendek kata besfren ko lebih kenal ko dr boifren ko.
 
best kan kalau kita becinta dengan besfren kita?
 
mcm tu lah aku rasa aku ngn oza. kami xhadkan perhubungan kami. Dalam rumahtangga dia lah ketua keluarga aku. dialah suami aku. dalam kehidupan aku dia lah kawan aku. dia lah guru aku. so dalam perhubungan mcmni lagi rasa mcm free n enjoy. xde tekanan.
 
Contohnya, kan adik aku kerja ngn oza kan. ok. kalau dia cerita ada xpuas hati pasal kerja adik aku, dia akan pastikan keadaan sesuai. aku set kat kepala yang dia besfren aku, yang nak tgh crite masalah kerja dia. dia pun akan cerita mcm dia tgh cerita kat besfren dia, bukan cerita kat isteri merangkap kakak kepada c org yang dia xpuas hati tu.nampak x? 2 2 pun pandai amek peranan. kalau aku set lam kepala aku yg aku as wife dia, kempem cm ada amek hati sikit, kecik hati sikit. yelah, org cter sal adik kita kan. kakak mana yang xamek hati. kalau x gaduh pun paling2 mesti mcm aku akan menangkan adik aku sikit, walaupun sebenarnya apa yg oza komplen tu betul. Tapi bila as kawan, tiap apa yg aku komen pun benda jd ikhlas. real from heart. xde berat sebelah.
 
Tapi x semestinya nak perhubungan mcm ni kena panggil aku kau kan. tapi tulah, dah terlebih selamberr.. nak wat gane? as long as aku xkisah, oza xkisah, kami happy.. adam happy, baby nak kuar ni happy. who cares?? ;p
 
 







Tuesday, 22 October 2013

Si Penghukum

Serious.

Setelah 26 tahun hidup. Memang kali ni aku jumpa SI PENGHUKUM yang betul2 legend. Dan dari apa yang aku perati, Si Penghukum yang banyak2 aku jumpa kebanyakannya merasakan diri mereka terlebih2 perfect dari org lain. Tiada keburukan. Tidak sedar akan kesilapan diri sendiri. Takbur. Bongkak. Tapi diorang xtahu pun diorg mcmni. Legend kan?

Aku pernah melalui situasi2 bersama Si Penghukum samada sebagai mangsa, atau pun sebagai saksi. Mostly Si Penghukum ni suka menghukum orang hanya kerana family background nya, education background nya, pemakaian, perangai luaran dan mcm2 lagi.

Apabila nama pun sudah si penghukum.Kebanyakan apa yang dia cakap dia x fikir. Dia xsedar pun dia dah melukakan hati orang lain. Dah buat orang tersinggung. Tapi dia xtau pun. sebab dia kan ingat dia perfect. segala apa yang dia cakap pun betul.

Ada 1 kejadian di mana aku sebagai saksi. Kesian kat kawan yang tengah mengandung. Ank di dalam perut dihukum kata xpandai. Sebab member yang tengah mengandung tu pun takat SPM saja. Kecik ati dia. Si Penghukum ni kata kepandaian anak tu ikut gen ibu bapa. bayangkan? mentang2 dia ada master. Nampak x org mcm ni? geram kan? so maksudnya dia kempem konfiden anak dia pandai. Sebab dia ada master.
Mmeber tadi pun pertahankan lah. Anak2 ibarat kain putih. dia keluar je zero. kita boleh tentukan dia jadi mcmana. x semestinya ikut nasib yang sama dengan ibu bapanya.
dah nama si penghukum mana nak kalah. di katanya lagi dari dalam kandungan lagi anak ikut perangai ibu bapa. dari mana tumpah perangai, tabiat, kebijaksanaan, kepandaian ibu bapa kalau bukan ke anak..

Ya. diakui. Certain benda tu betul. tapi xsemua. xsemestinya mak bapak bodoh, anak pun bodoh. xsemestinya mak bapak cantik, anak pun cantik. kan?

Wahai si Penghukum. Jagalah adab percakapan. Jangan suka2 hati menghukum orang xtentu pasal. Legend kan? anak xlahir lagi pun dia dah cakap mcm2. Pada mula aku ingat dia bergurau. Tapi lama kelamaan benda mcm terserious pulak. Aku pulak yang sakit hati. Ok lah. Mungkin kau pandai.. senang la keje sekarang. Gaji besar. Tapi kau xde hak menghukum orang dengan kata org mcm2. bodoh bagai. mentang2 kau pandai. ye. mungkin kau pandai sebab mak bapak ko sempurna. ko tak tau yang kau hukum tak pandai tu sejarah hidupnya mcmana? sampai xboleh nak sambung belajar. Mungkin kau senanglah mak bapak bagi duit. Dia masa belajar sambil kerja. dia lagi mulia dari ko. dia berdikari. dia x menyusahkan mak bapak. dia yang tlg mak bapak lgi ada. tapi ko?

Selagi kau tak tahu sejarah hidup org mcmana, jangan lancang berkata2. Mungkin kau dikurniakan kepandaian dalam dunia ni. Tinggi belajar. Tapi ko xdapat kebahagiaan mcm si member. who knows? selagi tak pasti lagi segala2 dalam hidup. jangan bercakap pasal org. Awak jodoh pun xsampai lg. Ntah2 sebab kau ckp anak org mcmtu, nanti anak kau lg teruk. or, langsung xdapat anak. who knows?? Nauzubillah la kan. so, beringatlah sesama kita.

Lagi 1 keadaan di mana si Penghukum ni suka main lepas cakap. Suka melabel orang. "Labelling People" omputeh kata. Lagi2 pasal agama. Tapi.. aku pasal agama ni takut sikit ar nak cakap kan. sebab aku ni xperfect mana pun. sembahyang pun miss2. mcm budak2 lagi tgu kene herdik dengan oza baru nak angkat bontot. Tapi doakan la aku smayang full kan. korg doa sekarang! aminnnn...eh, serious. Aku skrg 3 waktu je. Kau ada? apa nak jadi. Tapi kat opis hampeh tinggal. Aku mengaku ni. Tapi kdg2 4. kadang2 5. Bila nak full? dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. (menasihati diri sendiri). konon.

Berbalik tadi si Penghukum ni kan. mentang2 konon sembahyang full lah kan. xyah nak jatuhkan air muka org lain.. nak tegur ada caranya. Macam haritu. si mangsa ni saje la beborakk beboraakk.. kate terbangun lambat.

"ko sembahyang subuh x tadi? Nampak sangat xsembahyang"

Orang lain gelak2 sinis. Kesian member tu. Aku pernah terbaca dimana ayatnya kurang lebih macam gini.

"Jika dia menegurmu di khalayak ramai, maka dia bermaksud untuk memalukanmu. Jika dia menegurmu secara bersemuka, maka dia berniat ikhlas menasihatimu"

see? sekali baca je dah tau betapa betulnya kata2 ini. susah kalau si penghukum ni berlegar2 di dalam kehidupan kita. makan hati manjang. Okay mungkin dia xde niat. Tapi bagi aku tu alasan lapuk. Kita ni membesar. Apa yang kita xsuka orang buat kita, mcmtulah org xsuka apa yang kita buat. Aku kalau kne kat aku memang aku lempang je mulut dia.

Lagi bila sorang kakak ni bercakap pasal nak beli Al-Quran digital..

"Beli mahal2. Baca x? xbaca xguna."

Kau ada celupar punya mulut tu. apa ek tujuan dia bercakap sebenarnya. Minta kena belasah ke apa. oh. Ko knfem ke ko baca Al-Quran lagi banyak dari dia? cakap mcm gud2..

Mungkin ko sembahyang full, baca Al-Quran, tapi ingatlah. kita ni manusia biasa. tiada hak nak menghukum orang. Melabel org. Ntah2 dia yang xsembahyang full tu diterima sembahyangnya. Awak yang takbur dengan apa yang awak buat, sembahyang full, baca Al-Quran, Konfem ke Allah terima semua amal ibadah tu? Saya sarankan supaya anda beringat sekali lagi.

Mungkin juga dia lemah dalm hal2 agama mcm tu. Tapi dengan ibu bapa dia baik. taat. di doakan oleh ibu bapa kesejahteraan dunia akhiratnya. Di doakan oleh ibu bapanya dimurahkan rezekinya. kesihatannya. kan?

Tapi yang wajib tetap wajib. sembahyang tu wajib. rajin baca Al-Quran tu sunat. tapi kalau buat elok kan. Tapi jangan lah kita sampai bongkak takbur dengan apa yang kita buat sehingga tahap menghina orang lain. Kita xtahu dimana kita di mata Dia.

Sekadar renungan kita bersama. Untuk diriku sendiri juga.

Btw, Jangan lupa doakan aku sembahyang full. (xhabes2 lagi)

tek care ya.










Saturday, 19 October 2013

Serba Serbi Serba Salah......

"Yana, nnt ari ahad ko amek mama. Selasa rayaji kan. Senin malam kita masak"

KITA MASAK. haha. aku rasa mak aku je yg masak sorang tu.aku tukang tengok je..org ngandung mane leh buat keje berat2 la.plus aunty uji ada skali. (adik mak aku). cukup la tu...

So, aku pun dh bgtau oza yg family aku akan berada dirumah kami untuk rayaji kali ni. Lagipun mak oza leh la rehat. Asek serang umah die je tiap kali raya. Biar diorg plak serang umah aku kali ni..geganti org kata. Baru adil.

So the plan is nak masak nasi minyak. Ayam masak merah. Daging masak itam. Perghhh..
.....................................................................................................
Suma bukan fevret aku.
Outtt..
Aku idup kat dunia ni ada pantang aku. Pertama, jangan pisahkan aku dengan anak aku. Kedua, jangan pisahkan aku dengan nasi putih. Jangan sekali kali. Jangan. Aku xleh. Leh nangis xjumpa nasi putih sehari. Leh mati.. Sebab tu la aku ni jarang g kenduri kawen. Mcm xde mud aku. Dah kebiasaan kot kat mesia ni kalau kawen je nasi minyak.nasi minyak nasi minyak.kemon laaa. muak ok.aku nak nasi putih. baru xmuak. leh tambah byk kli. kenyang. senang ati....

Tapi xpelah. Asalkan diorg hepi, buatlah mane suka..

Nak dijadikan ceghita maka pg senin tu ke pasar lah aku dengan aunty uji dengan budak comot (adam). Nak ditinggal xleh adam ni. meraung kang.Maka aku heret la jugak.ha jumpa la bapak kau kat pasar nnt..oza la yg melayan dia taim aku sebuk mencari bahan masak.. aku sebuk kuar duit je. Aunty uji yang carik. tu pun dah selesai ada lagi jugak barang yang xterbeli. Aku rasa dia terkasima dengan apek jual ikan tu. dah ada list pun ada lg benda yg tertinggal. Aihh sabo jelah.

Isunye sekarang apabila mak mertua aka taukeh ayam yg terkenal di pasar kajang mula membuka mulut dan berkata..

"Esok kite g pangkor tau.pagi kita betolak"

Terus aku mcm.. "WHATTTT??? I want to celebrate raya ok. Bukan holiday. Mak jela yang pegi"

Berani kau ckp mcm tu? haha. Mati kena lempang ngn oza karang..

"oh, boleh..yana ikut je. xde masalah...(Sambil SENYUM). Menantu yang baik konon kan ko yana. So suma bolehhh....

Yang aku pelik laki aku ni langsung xberbunyik. Xde bagi signal langsung. Macam xd g memana. Yakin sangat aku mak dia dh bgtau lama. Tapi dia yg serba serbi sarba salah sebab aku dah sound dia kata mak aku nak dtg. Maka, aku pun serabut..Mak aku kat umah okayy..kalau aku g, xkan nak tgl dia. Kalau nak anta balik klang, bila plak nak anto nye?? Aihh..

Last2, pegi la jugak ke Pangkor tu. Seb bek la mak aku ni memahami. Dia kata korg tu susah nak bejalan..xd cuti langsung..pegi jela..

Nasib baik ada aunty ani. Dia lah yg jemput mak aku n anto blk klang di hari raya itu. Tugas aku, sediakan duit minyak. Ngeh2...

Sedih jugak raya jd cmtu. Tp nasib baik kuarga husband dtg pg raya tu. Celebrate la jgk pg raya sama2.. kalau x. Banyak pihak yg kecik ati.But alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. semua org pun memahami situasi masing2.. n 5 bintang tu encik oza kerana tiada berat sebelah disitu. Yelah, certain lelaki ni ko jangan main2. Xkan peduli hal org lain. Family dia first okay. Tp oza xmau pigi lagi ada. Dia ksian mak aku dah ada kat sini..tp sbg isteri yang baik, aku berjaya memainkan peranan....






KAU ADA????

Saturday, 12 October 2013

BuatBuat lupa

Selesai jugak aku MENYABARKAN DIRI SENDIRI..

Bukan nak mengutuk ke nak mengkeji sesiapa kan. Tapi korg tahu kan apa maksud hutang? Aku paling x faham dengan bangsa manusia yang reti berhutang tapi xreti nak bayar. Aku xnak jugak cakap lebih2. Dulu perangai aku mcm ni jugak. Hutang then buat lupa bodoh. Buat bodoh tau. Buat lupa n buat bodoh rasanya cm beza jugak. Di mana bagi aku buat bodoh lg kejam tidak terkata.

Masa zaman belajar dlu adalah zaman teruk aku rasa. Selamberrr pinjam duit org. Malu xde langsung. Dah pastu, xbayar. Then pinjam balik kat org yg sama.OMG. mana malu aku pada masa tu. Tapi pinjam mmg sbb xd duit nk makan.kesiaannn.. Alhamdulillah.. dah insoff ni, dah langsai segala2nya. Kita pun dah keja kan. Paham camne susah carik duit.

Crita tak malu aku tu masa zaman study ok.STUDY.org kata, mentah lg. Budak2 lg. Amik ringan hal2 hutang. Ini zaman suda kija. Suda ada famili punya.Anak sudah 2 3. Ada suami punya crita.. Tapi aku stil nampak org2 mcmni.bukan umur 18 19 tahun punya org.28 29 30 taun punya org. Dah branak pinak. Takkan mentah lagi nak pk pasal benda benda mcmni.

Jenis org bhutang ni banyak bangsa. Bangsa pertama Bangsa Berhemah gitu. Memang dia hutang. Pastu time nak baya on time. Orang ni x akan tba2 koma. Dia carik kita. Xyah sebuk kita carik dia. Aku suka org mcmni. Pinjam bila2 dia sesak pun bole kasik. Walaupun xde duit nk kasi pinjam tp mcm ikhtiar jugak nk kasi pinjam. Sbb tau, dia mmg nk pakai duit. Org jenis mcmni adalah org yg pandai hal2 duit. Akan pinjam time bila betul2 perlu sahaja. Dan aku mmg suka tlg org susah. (Angkat bakul jap). Kita bagi 5 bintang kat org mcmni. Ade org yg bukannya susah pun, tp nk bergaya LEBIH. Tak tdesak dia pinjam duit tu. Kalau x pinjam pun xpa. Tapi nk kuaskan kehendak punya pasal sanggup pinjam. Cam nak cukupkan duit beli new henpon kah, beli new laptop kah, beli kasut kah. Sanggup pinjam duit. Tapi xkisah asal kau tergolong dalam bangsa pertama. Baya on time. No problem punya.

Bangsa kedua adalah bangsa yang xlupa dia ada utang tp xmampu lg nak bayar. Ha. Orang mcm ni mmg byk aku jumpa. Jenis yang susah, nak guna duit. Nak setel itu, nak setel ini tapi xde duit.thats y dia ikhtiar dengan cara berhutang. Yang buat sakit ati sikit tu sampai time xboleh plak nak bayar. Tapi dia xlupa. Dia mesej kita. Dia bgtau kita. Boleh byr lmbat sikit? Aku lari bajet.. eh yana, sori.aku bulan ni sempit sgt. Boleh x aku byr bulan depan.sori sgt..
bg aku xpe kalau ade mukadimah mcm ni. Bgtau awal2 kau xde duit nak bayo lg.explain awal2. Bukan nak berlagak along. At least kita tau dia nak bayar tp xde duit lg. Xdelah kita pk dia ni jenis buat2 lupa utang kan. Haaaa. Yang jenis buat2 lupa ada utang ni bangsa yang paling aku anti skali.anti ok.ANTI.

Kalau mcm jenis mcm kat ats tu, tau ade utang, xmampu nak bayar, then bgtau kita.xpe. lembut jugak ati nurani ni nak mngadap muka dia kalau terserempak. Ada juga belas kasihan. Kita tau dia susah kan. Tapi kalau kau sendiri pun dah susah, pastu pangai menyusahkan org lain, buat bodoh, buat lupa, mesej xreply, call xangkat. mmg org sakit hati je la dengan kau. Xde kesian kesian dah. biar lah tujuan kau pinjam duit tu mmg sbb ko susah ke. Xde duit nak makan ke. Kalau ko buat org mcm tu aku kmpem mmg dapat makian. Xtbuka langsung ati org nak halalkan hutang ko dengan cara gaya ko mcmtu. Apatah lagi kalau ko bhutang tu sebab bergaya. Nak gnti tepon, nk ganti laptop. Nak beli kehendak ko. Nak begaya lebeh. Tapi habuk pun xde ni.wadefak?? Apakah jenisnya itu?? Aku pun xde idea nak letak nama bangsa kau apa.

Tbe2 kesabaran yg aku dapat di awal entry td menghilang di bawa kabus..aku jd mcm panas balik mengingatkan pangai mmber sendirik yang berhutang pastu kuangajo. Kita mesej, senyap. Xreply langsung. Xde duit nk byr bgtau. Aku bleh bg sum space ma. Ape jadah ko masalah nak reply mesej aku susah sgt?? Yg sorg plak di mesej, pastu dia reply..bsopan jugak.. dia reply...
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
                                                                              .
 

"Ye...tau.......nnt aku bayo."


Eh eh? Sedap bahasa kau? aku ke kau yg pnjam duit skrg ni.siap mcmtu lg punya bahasa. Time nak pinjam bukan manis bahasa ye. Org dah mintak ko mcmtu plak.umo xde lah budak lg.branak pinak dah.tua dah.manner xde.aku minx bebaik kot. Lepas tu bayonye idak! Aihhh sakit ati aihh..
jangan salah anggap eh. Ni bukan kes nak berlqgak kita jenis senang. Xberhutang. Rezeki kat atas muka bumi ni suma dari Allah. Samada kita rajin usahakan atau tidak je. Aku xnafikan, bukan hak milik kita apa yang kita dapat harini. Kita dipinjamkan sahaja. Xsalah berkongsi dengan org lain. Yang menjadi pertikaian bila PERANGAI certain manusia yang menyusahkan org ni. Itu. Bukan nak kata eh mentang2 kau kaya xd utang ko kutuk2 org bhutang.bukan. Macam aku cakap kat ats td, ada adab, ada cra. Kita pun boleh lembut hati halalkan apa yang kita pinjam. Tapi kalau si penghutang pun xde cara, apatah lagi aku. Hutang jangan bawak main2. Sampai kubur dipersoalkn. Walaupun org halalkan kau wajib bayar. Wajib. Tu bukan aku punya hukum. Tu hukum Allah. Wajib tu ada banyak type. Pertama kau buat bodoh, then org tu just halalkan tnpa pengetahuan kau. Kau stil bertanggungjawab. Melainkan org tu direct ckp ngn kau, aku halalkan hutang ko kat aku. Betulkan jika aku silap ya..

Tkpela. 2 3 arini aku akan menenangkan ati aku. Akan ku carik langkah2 handle org mcm ni. APAPUNTAKBOLEH!